Monday 16 December 2013


KEBANJIRAN WARGA ASING DI MALAYSIA




Program 6P: 3,886 pendatang, 106 majikan kena tindakan
2012/01/19

KUALA LUMPUR: Seramai 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen dikenakan pelbagai tindakan.

Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.

"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).

Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).

KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Januari lalu. - BERNAMA
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE



 KOMEN

Pendatang asing bermaksud kemasukan individu atau sekumpulan manusia dari sebuah negara ke negara lain dengan objektif dan matlamat tertentu. Pendatang asing terdiri daripada dua  ketegori iaitu pendatang asing yang sah iaitu individu yang mendapat keizinan berdasarkankan Akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan dan satu lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan individu sebaliknya dan memasuki sesebuah negara secara haram.
Salah satu faktor kemasukan pendatang asing ialah kerana rakyat tempatan terlalu memilih dalam soal pekerjaan menyebabkan negara kekurangan pekerja di pelbagai sektor. 

Selain itu, majoriti pendatang asing tidak memilih kerja dan sanggup menerima upah yang diberikan oleh majikan walaupun rendah. Justeru, majikan boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak disamping menjimatkan kos. Faktor kemiskinan dan pengangguran di negara asal juga menyebabkan mereka  berhijrah dan mencari pekerjaan di negara yang aman dan bebas untuk menampung keluarga.
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia juga mempunyai kesan positif seperti dapat mempercepatkan proses pembangunan negara selari dengan usaha untuk mencapai misi dan visi Negara. Selain menaikkan imej negara kedatangan warga asing juga dapat membantu mempromosikan negara di mata dunia. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti negara melalui pertukaran teknologi dan maklumat.
Namun begitu, kebanjiran pendatang asing turut membawa kesan buruk seperti menularnya wabak penyakit berbahaya lantaran tiada pemeriksaan kesihatan seperti yang dilakukan di Malaysia. Tambahan pula kebanyakan pekerja asing terutama golongan wanita yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan turut menyebarkan penyakit pada rakyat tempatan.
Selain itu, kesan kedatangan pendatang asing ke Malaysia juga akan menyebabkan ekonomi negara berkurangan kerana mereka sudah pasti akan mengirimkan sebahagian gaji yang diperolehi ke negara asal mereka. Di sampingan itu, kewujudan kawasan setinggan yang tidak sistematik boleh menyebabkan pencemaran air dan udara. Kesan negatif lain ialah munculnya masalah sosial dan kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, rogol, kecurian dan sebagainya. Perkara sebegini sudah tentunya akan menjejaskan imej negara.

Contohnya kes pembunuhan kejam seorang pegawai bank yang berlaku di Subang Jaya baru-baru ini. Hal ini terjadi kerana majikan sewenangnya mengambil pendatang asing bekerja dan turut membekalkan senjata api kepada mereka.

Dalam hal ini pihak berkuasa khususnya pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung dan mengembleng tenaga dalam membendung kemasukkan PATI. Undang-undang juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih efisyen lagi. Operasi mengesan , menahan dan menghantar pulang pekerja asing tanpa izin perlu diteruskan kerana dilihat amat berkesan dalam membendung kebanjiran warga asing di Malaysia.
Konklusinya Malaysia sememangnya memerlukan tenaga kerja asing untuk membantu pertumbuhan negara. Tidak dinafikan kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara tapi pada waktu yang sama turut menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing bagi membasmi fenomena ini supaya tidak menjadi lebih parah sehingga sukar dikawal seterusnya menimbulkan kesan negatif terhadap sistem sosial, ekonomi dan  politik Negara.
statistik jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia




Pemandangan di Sekitar Kawasan Kuala Lumpur






CCTV Video Rompakan Ambank Subang USJ Pengurus operasi maut ditembak pengawal keselamatan



22 pengawal keselamatan guna IC palsu ditahan



35 pendatang ditahan sebaik turun bas



Senjata api pembunuh pegawai Ambank ditemui

Monday 9 December 2013


Ni Keu Pom Raeng Ban Dan Jai



Raeng Ban Dan Jai means inspiration in Thai language, it is something needed by all 'nak muay' besides having a brave heart and disciplines. I choose Somrak Khamsing as my inspiration...though many people might pick Buakaw Porpramuk but i still think this dude is better...through my point of view, Somrak Khamsing is not an ordinary guy and deserves to be called as "The Ring Genius"...most of the fighters try to show how fierce they are in front of their opponent,but this guy just chilling in every fights he fought...he controls his opponent's mind and make them lose their focus..he also deserves to be called a creative type of person with many difficult techniques to be done during the fights...and not to be forgotten,he's also the Olympic gold medal winner in boxing and now a trainer,actor,and tv host.








Monday 2 December 2013

Asal-usul Muay Thai







Muay thai atau tinju siam merupakan seni bela diri yang berasal dari Thailand. Seni bela diri ini juga turut dikenali sebagai pradal serey di Kemboja, tomoi di Malaysia, muay lao di Laos dan lethwei di Myanmar. Muay thai merupakan sukan nasional di negara Thailand dan semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Sukan ini juga turut digemari di Malaysia, terutamanya di negeri utara dan pantai timur semenanjung.

Adalah dipercayai bahawa Muay Thai telah wujud sejak dua ribu tahun dan merupakan evolusi dari seni Muay Boran “tinju kuno”, seni pertempuran tangan kosong yang digunakan oleh tentera Siam setelah kehilangan senjata semasa bertempur. Ianya merupakan pelengkap kepada Krabi krabong “seni bermain pedang dan senjata”.

Disamping digunakan sebagai teknik pertempuran, Muay kemudian menjadi sebuah sukan di mana dua peninju akan bertempur di hadapan penonton untuk tujuan hiburan. Pertandingan Muay ini berkembang dalam bentuk festival di negara Siam  dan digunakan sebagai hiburan bagi raja-raja Siam. Tali jerami panjang turut diikat pada penumbuk dan lengan bertujuan melindungi tangan daripada cedera. Jenis pertandingan ini disebut sebagai “Muay Kaad Chuek” dan masih lagi diamalkan sehingga kini, terutamanya di sempadan Thailand-Myanmar.

Semasa pemerintahan Raja Phra Chao Sua (1702), yang juga dikenali dengan gelaran “Tiger King”, beliau mengajarkan kepada seluruh bala tenteranya. Terdapat juga cerita mengatakan bahawa beliau turut menyertai pertandingan yang diadakan bersama rakyat jelata. Dalam pertandingan yang disertai, beliau memakai topeng bagi mengelakkan diri dikenali sekaligus menyebabkan rakyat enggan memukul dan memberikannya kemenangan mudah.

Pada tahun 1774, terdapat seorang peninju legenda yang menaikkan maruah Muay bernama Nai Khanom Tom kerana peranannya melawan pahlawan Burma. Pada waktu tersebut beliau telah ditangkap dan dijadikan tahanan di penjara Burma. Beliau mewakili rakyat Thai dalam sebuah pertandingan yang diadakan oleh Raja Mangra. Dalam pertandingan tersebut, beliau berjaya menumbangkan sepuluh pahlawan terbaik Burma dengan menggunakan tangan kosong. Setelah itu, raja Burma memberikan kebebasan sebagai hadiah kemenangan beliau dan kembaali ke Ayyuthaya sebagai seorang pahlawan yang dihormati. Peristiwa itu juga turut menjadi sejarah penting bagi negara Thailand dan sambutan turut diadakan setiap tahun bagi meraikannya.

Secara teori, teknik Muay Thai dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu “Mae Mai” dan “Luk Mai”. Dalam sesebuah pertandingan, peninju Muay Thai atau “Nak Muay” menggunakan lapan anggota badan seperti tumbukan, siku,lutut dan tendangan. Namun, terdapat juga pertandingan di peringkat antarabangsa yang melarang penggunaan siku. Peraturan yang berbeza-beza bergantung di mana pertandingan berlangsung serta organisasi yang menjadi penganjur.