Monday 28 October 2013




.

Video yang berdurasi tiga minit sepuluh saat tersebut menunjukkan tentang pergaduhan yang tercetus antara dua orang lelaki berbangsa Cina di sebuah lebuhraya. Pergaduhan bermula dengan sebuah kemalangan kecil yang melibatkan dua buah kereta yang dinaiki subjek yang terlibat.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh rakan lelaki berbaju merah ketika dia keluar untuk berbincang setelah kemalangan berlaku. Namun, pergaduhan mula tercetus apabila pemilik kenderaan tersebut mengeluarkan kayu pemukul besbol dan cuba untuk memukul mangsa.
Akibatnya, berlakulah pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan yang agak serius pada pemilik kenderaan tersebut. Sungguhpun begitu, pemilik kenderaan itu masih menunjukkan perasaan tidak puas hati apabila cuba menyerang lelaki berbaju merah tersebut dengan kasut.
Kejadian yang berlaku itu nyata memberi gambaran betapa kedua-dua mereka tidak dapat berfikir secara waras dan bertindak mengikut perasaan. Konflik yang berlaku itu sebenarnya boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa perlu melibatkan unsur-unsur keganasan.
Disamping itu juga, pergaduhan tersebut bukan sahaja menyusahkan pengguna jalanraya yang lain, malahan turut memberi gambaran yang negatif terhadap imej negara terutamanya apabila gambar tersebut dimuat naik di internet.
Sikap kebudak-budakan serta budaya samseng yang diamalkan oleh kedua-dua lelaki Cina tersebut ternyata merugikan mereka. Paling jelas, luka parah yang tidak sepatutnya dialami kerana kegagalan untuk bertolak ansur.
Video yang tersebar itu jelas membuktikan bahawa media memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat serta berita kepada masyarakat diseluruh dunia. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seharusnya berfikir dengan wajar tentang baik dan buruk berita yang disebarkan itu. 

No comments:

Post a Comment